Khamis, 17 September 2015

AFter 1mONth

Hai..pagi ni rajin nak update blog..hehehe...Selepas sebulan ida ambil secara  konsisten 3 produk ni jer...lps tu skrg ni ida ambil D'Folio dan GC Tea...Now berat ida 65kg..xkisah lah slow2 turun janji xda naik dah..penat tau berat badan naik mendadak..makan lebih je naik..skrg makan lebih xda naik tp makin turun..cuma lambat penurunan nyer..sbb ida x ambil produk yg mmg utk kurus,tetapi ida ambil lebih kepada kesihatan...u all boleh try produk ni yer mmg sangat2 membantu...ni ida nak tambah garlic capsule plak utk buang angin dlm badan dan membantu utk kesihatan dalaman juga....
produk dari ST mmg bagus,cuma kita ni rajin dengan x rajin jer amalkan...bukan susah pun,telan jer dgn air settle.. :) yg sapu plak lps mandi rajin2kan lah yer tangan tu belai tempat2 yg ada lelemak lebih tu...boleh membantu mencairkan..sikit2 lama2 hilang ler...produk semua mampu milik...murah2 jer...Selamat Mencuba.. :)



D'Folia paling bagus diambil jika lepas gugur. Ia akan kecutkan kembali rahim dan suburkan kembali utk memudahkan kehamilan yg akan datang. Bagi wanita bujang juga ambil utk rawatan keputihan. Yang menyusu badan boleh ambil lepas baby usia 4 bulan ke atas.

ini la Body Contour Cream tu. Krim ni panas lama sangat & mmg bagus kalau ada selulit.

Yang ni Tummy Tone baru dalam bentuk krim. Lebih mudah nak sapu. Produk ni sangat bagus cairkan darah beku dan burn fat area perut juga. Ada juga yang bukan dalam pantang pakai krim ni.


Selasa, 25 Ogos 2015

Kisah Keguguran



Pagi nih ida nak kongsi pengalaman kesan dari keguguran..sebelum ni selalu tertanya2 sakit ke gugur...bila alami sendiri baru tau..sakit teramat yer..sakitnya lebih  dr nak bersalin...Ida xtahu yg ida pregnant tau..teringat masa tu period xmai langsung bulan julai..awal bulan ogos baru teringat..mula risau sbb mcm ada tanda2 mengandung sbb selera makan tinggi oooo...Pastu berat naik cepat jer..sebelum puasa berat 65kg..lepas 2minggu raya naik sampai 73kg..tu diaaa byk ooo...apa lagi minta daus ge beli preg test..kali pertama test samar2 line ke2 tu,x yakin lg..biarkan dulu,selang 3 hari test lg..baru ada jelas sikit line tu..n malas nak ge klinik check lg..Demam plak on off,daus ajak jgk ke klinik ,akhirnya mmg di sahkan pregnat..kandungan baru nak masuk 7minggu...selang seminggu lps tau result pregnant tetiba ada kuar sedikit darah..
Kebetulan masa tu badan pun x bape sihat sebab kena gangguan plak..p lah berubat ,mmg ada lg..tp bleeding tu ada lg..mmg risau lah walaupun x rasa sakit..lepas 6hari kuar darah sikit2,ahad 16hb Ogos,semakin byk plak n terpaksa pakai pad..malam tu dah start sakit pinggang n rasa mcm nak sengugut tu..esok nya pun makin kerap sakit..akhirnya malam tu tgh tgk tv dah mula rasa pening loya nak muntah,sakit pinggang teramat..rasa bhgn rahim tu denyut kuat sakit teramat,rasa mcm nak terberak lah nak kencing lah,last ge toilet tu dia keluar baq hang..ketulan darah besar oooo dgn ketulan daging...( maaf x sanggup nak tunjuk gambar tu..) terus rasa lega sedikit,tp rasa nak pitam tgk darah byk keluaq...
Masa tu perasaan sedih kecewa ada, redha xda rezeki sbb x sangka awal rezeki Allah nak bg.plan thn depan nak ngandung,Allah bg pinjam sekejap baby duk dlm perut ida ni...mmg masa ngandung kali ni xda langsung alahan,relax jer..masak pun masih boleh lg..makan pun xda nak memilih,makan jerr,.
Selasa pg tu terus pergi berurut sbb badan rasa bisa2 angin masuk...perut pun makin naik,
Mmg lega lepas berurut,minum plak ginseng madu terasa angin keluar,darah beku keluaq makin byk...Lps 3hari darah x berhenti lg...semakin risau sbb makin byk keluar...malam khamis tu ge hospital buat checkup n bgtau dah gugur,bila scan tgk x semua keluar,kantung tertinggal di dalam..ya Allah masa tu dah risau sgt,doktor korek x semua keluar,ada lg tertinggal di dalam..doktor suruh cepat cuci dlm risau ada jangkitan plak boleh membahayakan diri kita...
Doktor pesan suruh puasa,selepas pukul 5pg x blh ambil makan minum dah..Pukul 8pg kena warded di hospital UMRA..
Pukul 830pg doktor masukkan ubat utk buka cm bg mudah nak cuci ,tunggu sehingga keluar darah dan sakit teramat mcm contraction nak bersalin tu,baru di bawa masuk bilik bedah..pukul 12tghri di bawa masuk ke bilik bedah,sementara tunggu doktor mai,doktor pakar bius jalankan tugas cucuk jarum sana sini...lps masuk je suntikan bius selang 3minit doktor Rafi baru mai siap senyum,lps tu terus x sedar doh...mmg rasa dah berada di syurga je masa tu tau,semua putih dan tenang jer...tetiba
dengar suara perempuan kejut ak..bgtau dah siap dah boleh balik bilik..tercengang jap sbb xrasa apa
,tup2 dah siap..Mmg keluar tu nampak daus tunggu depan pintu bilik,kesan ubat bius tu masih ada n mamai2 jer..xtau apa ak duk merepek bebel pd nurse n daus,sampai bilik sambung tidur lg....
Pukul 3ptg baru sedar...n baru terasa sakit,nurse dtg bg ubat tahan sakit,lps makan ubat tu baru rasa kurang sakit tu..darah masa tu mmg byk lg keluar,tp xda dah keluar yg beku tu..dah boleh kencing makan,dalam pukul 430ptg doktor mai n bgtau boleh keluar ,lega dpt balik..
Dugaan kali ni mmg ida kena hadapi dgn kuat,berpantang jgk tau walaupun gugur...
Kali ni ida mmg pantang betul2,pakai bengkung,urut,mandi air suam,sauna dgn air rebusan herba,
Tq sgt2 daus byk bantu dr awal sakit sehingga hari ni..tlg tungku,sediakan mandian,rebuskan air herba utk sauna,(sauna tu cara org zaman dulu mcm bertangas),makan minum pun terjaga...daus byk tolong hal rumah dan uruskan anak2...
Masa ida berpantang ni mmg ida ambil produk Sendayu Tinggi plak..nak tgk kesannya..mmg daboooom hasilnya tau..dah seminggu ida amalkan..Hasil konsisten 4kg seminggu yer..inci pun semakin berkurang...badan sentiasa kena hangat tau..kalau sejuk mulalah perut masuk angin,kaki sejuk ketaq,makan kena jaga juga,...

Antara produk yg ida ambil:---->>>

D'Folia paling bagus diambil jika lepas gugur. Ia akan kecutkan kembali rahim dan suburkan kembali utk memudahkan kehamilan yg akan datang. Bagi wanita bujang juga ambil utk rawatan keputihan. Yang menyusu badan boleh ambil lepas baby usia 4 bulan ke atas.

Ni la Amme Corset Sendayu Tinggi. Bengkung ni dari kain belacu & tak panas, Senang sangat pakai dan masa ke tandas tak susah nak buka dan pasang balik..

ini la Body Contour Cream tu. Krim ni panas lama sangat & mmg bagus kalau ada selulit.

Yang ni Tummy Tone baru dalam bentuk krim. Lebih mudah nak sapu. Produk ni sangat bagus cairkan darah beku dan burn fat area perut juga. Ada juga yang bukan dalam pantang pakai krim ni.
Krim ni Efek mmg blh nampak cepat walaupun kesan merekah tu lama. Even yg ada mslh rekahan sebab berat badan naik pun boleh pakai.
Selain dari produk ni ida ada amalkan minum air ginseng halia madu setiap hari 1 sachet bancuh dgn air panas,angin byk keluar tau...perut pun sedap jer..
dan amalkan sauna style kpg koo...,ida buat air rebusan daun sirih+halia,rebus sampai mendidih,dan wapkan dlm 30 minit....kasi badan bertenaga,pecahkan lemak jgk....mmg berjurai peluh baq hang....
Tungku plak pagi ptg yer.....
pagi dlm pukul 7pg dah betungku,xsempat petang ,malam dlm pukul 8 malam..daus tolong tungku sampai sedap lah badan ni....

ok nanti ida share selepas sebulan hasil debooom dr produk ST ni...




Khamis, 30 Julai 2015

RAYA AIDILFITRI 2015

Lamanya x update blog..sibuk bebenor dgn anak2 ,dan tanggungjawab sbg isteri..petang ni ter...rajin sikit nak update...tahun nih beraya di rumah mertua..berkumpul kami..yg sedihnya beraya anak2 x sihat..xbyk rumah pergi beraya...
cuaca plak panas..kesian anak2...ni ada beberapa kenangan beraya bersama keluarga mertua...

Bersama suami,anak2 ..
InshaAllah tahun depan bertambah lagi..:)

Kami berkumpul Keluarga Mertua..yg xda farhan dan isterinya..

Kak Aini xdok sbb tukang ambil gambar..:)
Abg alif candid lah konon nya..adik x habis2 mengunyah..

Abg alif plak sambung makan..

sesi bersalaman..suami bersama abah..

haaa...ni ida dengan mak mertua..menumpang kasih mak mertua..
setiap kali kami bersalam mesti air mata berjurai2..

ni plak biras2ku..semua kakak2..
Kak fairuz,Kak Aini,yg gebusss tu ida lerr..hehehe
Tahun depan beraya diKampung Perak plak...



Jom cuba resepi ni..

💖 RESEPI DAGING BLACK PEPPER ðŸ’–
Bahan-bahannya:
● 500gm daging batang pinang
● 1 sb serbuk lada hitam - ditumbuk kasar, lebihkan utk lebih pedas
● 1 biji lada benggala hijau
● 1 biji lada merah
● 3 sb kicap manis
● 2 sb sos tiram
● 1 cawan air
● 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
● 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
● minyak utk menggoreng
Cara-caranya:
1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Garam letak sedikit kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.
Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.


Jumaat, 17 Januari 2014

Majlis Aqiqah /Cukur Jambul

Assalammualaikum...mula2 ida nak ucapkan selamat tahun baru..ini coretan pertama untuk tahun 2014..banyak kenangan manis dan pahit 2013..pd 2014 kita perbaiki diri utk yg terbaik bersama keluarga dan juga pd Allah....InsyaAllah moga apa yg kita lakukan di berkati...Amin..
Hari ni ida nak kongsi mengenai aqiqah....sbb ramai yg was2 pengertian aqiqah dan cukur jambul...

PENGENALAN AQIQAH
Pengertian Aqiqah dari segi bahasa:
Aqiqah menurut bahasa ertinya “rambut yang tumbuh di atas kepala bayi yang dibawanya waktu lahir.” Demikian pendapat ‘Ubaid, Ashmu’i dan Zamakhsyari.
Antara definisi lain;
Aqiqah menurut bahasa ertinya `memotong’ . Pada asalnya ialah rambut yang terdapat pada kepala bayi ketika bayi tersebut keluar dari rahim ibunya, rambut itu dinamakan dengan aqiqah kerana ianya harus dipotong ( dicukur ).
Menurut Istilah pula aqiqah ialah Haiwan yang disembelih kerana bayi atau untuk bayi yang dilahirkan. Dinamakan sembelihan itu dengan aqiqah adalah kerana haiwan tersebut disembelih pada hari mencukur rambut kepala bayi itu.
Pengertian Aqiqah Menurut Syara`:
Menurut istilah hukum syara’, aqiqah ialah “penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, disamping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.”Antara pengertian lain;

Aqiqah dalam pengertian syara` ialah binatang ternakan yang berkaki empat (bahimatul an`am) yang disembelih ketika hendak mencukur rambut kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya.
Dalam bahasa Arab, kata bahimatul an’aam (binatang ternakan) adalah termasuk unta, lembu, kerbau,biri-biri,kibas dan kambing, bukan yang lain. [Al Jabari, 1994]

SEJARAH ASAL-USUL IBADAH AQIQAH
Diriwayatkan oleh Buraidah bahawa ” Pada zaman Jahiliyyah, apabila kami mendapat seorang anak lelaki, maka kami menyembelih seekor kambing, maka kami mencukur kepala bayi tersebut, lalu kepalanya kami sapu dengan darah kambing yang disembelih itu”.Menurut riwayat Ibnu Sakan pula ” Orang-orang Jahiliyyah meletakkan kapas yang telah dicelup dengan darah aqiqah lalu kapas yang penuh dengan darah tersebut disapu ke ubun-ubun bayi yang baru saja dilahirkan itu.
Setelah datangnya Islam, perkara itu tidak dibenarkan oleh Rasullullah s.a.w. Baginda saw menyuruh menggantikannya dengan meletakkan haruman kasturi pada kepala bayi yang baru dilahirkan itu.
HUKUM AQIQAH
Hukum melakukan aqiqah itu adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat digalakkan oleh Islam. Sebagaimana perbuatan Nabi Muhammad saw ketika Baginda mengaqiqahkan cucundanya Hassan dan Hussain alaihimassalam. Ianya bukanlah perkara yang wajib dilakukan kerana hal ini pernah ditanyakan kepada Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam, lalu Baginda saw bersabda yang maksudnya :
“Allah tidak menyukai kederhakaan, seolah-olah Baginda tidak suka menyebut nama itu (aqiqah). Baginda bersabda: “Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing.”
[HR. Abu Daud]
Maksud hadis daripada perkataan (“suka atau ingin” menyembelihkan untuk anaknya) itu menunjukkan tidak wajib melakukan aqiqah, melainkan jika aqiqah itu dinazarkan barulah ianya dipanggil aqiqah wajib.
Imam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
“Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.” [HR. Tirmizi]
“Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama.” [HR. Ahmad dan Tirmizi]
Rasulullah s.a.w. bersabda : ” Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menuntut untuk dinamakan anak (yang baru lahir) pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diaqiqahkannya.” [HR. Riwayat Tirmizi]
Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak dapat diperselisihkan lagi.
JENIS HAIWAN DAN KADAR AQIQAH
Haiwan yang digunakan untuk perlaksanaan ibadah aqiqah perlu memenuhi syarat-syarat yang serupa dengan haiwan-haiwan untuk ibadah korban.
1. Kambing, biri-biri dan kibas – melebihi satu tahun
2. Lembu dan Kerbau- melebihi dua tahun
3. Unta- melebihi lima tahun
Haiwan-haiwan ini hendaklah terdiri daripada haiwan ternak(Bahimatul An’aam)-yang mempunyai empat kaki- dalam keadaan tidak cacat, tidak buta, tidak bunting dan tidak terlalu kurus.
Menurut Imam Malik,Asy-Syafi’e,Ahmad dan jumhur ulama’ , bahawa aqiqah adalah sah dengan penyembelihan haiwan empat kaki(Bahimatul An-`aam) seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri dan kibas (sama seperti ibadah korban). Pelaksanaan penyembelihan haiwan tersebut di dalam ibadah aqiqah juga mempunyai syarat-syarat tertentu seperti berikut;
1. Unta berumur 5 tahun dan masuk tahun ke 6.
2. Lembu atau kerbau berumur 2 tahun masuk tahun ke 3.
3. Kambing atau biri-biri berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi.
4. Kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi.
5. Haiwan tersebut juga disyaratkan tidak cacat.
Manakala,rusa, kijang dan kancil tidak termasuk dalam kategori Bahimatul An’aam.Maka ketiga-tiga haiwan tersebut(rusa,kijang dan kancil) tidak dibolehkan untuk dijadikan sebagai haiwan aqiqah.
Yang lebih utama(Afdhal) untuk kadar aqiqah bagi seorang anak lelaki ialah 2 ekor kambing dan untuk anak perempuan seekor kambing, kerana ada hadis riwayat Aisyah yang maksudnya:
“Rasullulah s.a.w. memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.”

Perlaksanaan ibadah aqiqah dianjurkan baik untuk anak lelaki mahupun anak perempuan, sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w. yang bemaksud;
” Anak lelaki diaqiqahkan dengan dua ekor kambing dan anak perempuan diaqiqahkan dengan seekor kambing.” [HR. Ahmad & Tirmizi].

Rasulullah bersabda; ” Rasulullah s.a.w telah memerintahkan kepada kami untuk mengaqiqahkan anak lelaki dengan dua ekor kambing dan anak perempuan dengan satu ekor kambing.” [HR. Ibnu Abi Syaiban].
Hadis di atas secara keseluruhannya menunjukkan dua perkara;
Pertama; baik anak lelaki mahupun perempuan, sama-sama syariatkan supaya dilaksanakan aqiqah.
Kedua; perbezaan bahawa anak lelaki dengan 2 ekor kambing sedangkan anak perempuan dengan satu ekor kambing.
Walaubagaimanapun,anak lelaki sebaik-baiknya(afdhal) diaqiqahkan dengan 2 ekor kambing,manakala anak perempuan pula seekor kambing. Akan tetapi seekor kambing sudah memadai bagi tujuan menunaikan tuntutan ibadah aqiqah tersebut, ini kerana Rasulullah s.a.w. sendiri melaksanakan aqiqah untuk cucu baginda dengan seekor kambing sahaja.
Dalam sebuah hadis diriwayatkan; ” Bahawa Rasulullah s.a.w telah mengaqiqah Hassan dan Hussain dengan satu ekor biri-biri.” [HR. Abu Daud].
Aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki ini bukanlah merupakan suatu kemestian, kerana Rasulullah s.a.w telah membuat aqiqah Hasan dan Husin, masing-masing seekor kibas.
Haiwan aqiqah seperti lembu, kerbau dan unta boleh dikongsi sehingga 7 bahagian bersamaan 7 ekor kambing.
Apabila ibu bapa itu tidak mampu membuat aqiqah anaknya, ketika berusia 7 hari, bolehlah diperbuatnya ketika umur anak 14 hari. Kemudiannya ketika umur 21 hari. Jika tidak boleh, maka sunat diperbuatnya hingga anak itu dewasa (baligh).

Dalam menentukan waktu yang terbaik untuk seseorang itu melaksanakan aqiqah, kita perhatikan pandangan Imam Ahmad ibn Hanbal yang menyatakan bahawa penyembelihan aqiqah dilaksanakan pada hari ketujuh, jika tidak dapat maka pada hari keempat belas, jika tidak dapat juga maka lakukanlah pada hari kedua puluh satu. Adapun jika pada hari-hari tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana tidak berkemampuan, maka penyembelihan boleh dilakukan pada hari-hari lain yang memungkinkannya melaksanakan aqiqah tersebut.
Rasulullah s.a.w bersabda; ” Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ketujuh, dan dicukur serta diberi nama.” [HR. Ahmad dan Tirmizi].
Apabila anak sudah dewasa, maka sunat bagi ibu bapa membuat korbannya, tidak membuat aqiqahnya.
Menurut satu golongan, jika seorang anak sudah dewasa, tetapi belum dibuat aqiqahnya oleh ibu bapanya, maka sunat baginya membuat aqiqah dirinya sendiri.


Selasa, 29 Oktober 2013

Isagenix POWER!!...




Assalammualaikum...jom jom ida nak kongsi sedikit mengenai diet bersama isagenix..xsama mcm produk lain yea...ida baru lps bersalin 2bulan memang berat turun...dr 80kg turun sampai 64kg..pas2 datang plak raya haji makan x ingat naik 2 kg semula jd lah 66kg...seminggu diet turun semula 64kg pas2 xmo turun2...da kawan cadang cuba amik isagenix,mula2 memang was2 sbb ak mmg full breastfeed utk ank kecik ni,risau kesan sampingan..tup2 kawan kata boleh amik xda kesan sampingan malah anak rasa lagi kenyang adalah..jd ak pun try amik, hari pertama ak wat deep cleanse sbb mmg niat nak turun berat sbb perut dah kedepan macam mengandung 2 bulan dohhh...mmg masa proses deep cleanse asik buang air kecil je,esokkan hari ak mula ikut jadual utk turunkan berat bg normal..sbb xmau susu merudum,so mmg boleh amik makan seperti biasa..mcm pagi ak shake n selang 2jam amik ionix,tghri mkn mcm biasa selang 2 jam amik wme,ptg amik snacks fiber,malam amik shake dan sebelum tidur ak amik cleanse for life...lps je 2hari ak timbang berat turun ok!!terkejut pon ada..tp mmg nmpk perut yg mcm mengandung tu dah kempis..hik3...dr 64kg turun ke 61.5kg..yepppieee suka sgt2 sbb x perlu nak bertahan perut utk diet sakan....ak mcm2 mkn jgk sbb bf ni mmg cepat lapar tp disbbkan amik shake mmg xda rasa lapar...n ak rajinkan diri minum air kosong sehari min 8 gelas...mmg dari sebelum kawen ak mmg amalkan minum air kosong yg sgt byk...ni ada items produk yg ida amik.. sapa nak kurus ke,nak mantain berat ker,,,nak badan nmpk muscle byk2 ker,utk bersukan,gym mmg boleh amik produk isagenix ni....mmg berkesan..ikut je jadual di beri tu...tp yg nak kurus tu kita ada jadual utk kurus 3hari,5hari,7hari(trial pack) utk nak cepat kurus lg amik pakej 9hari mmg super duper power ar...mcm ak amik pakej 1bulan so turun berat tu lambat sikit sbb tgh bf...ni semua sedap2 tau....xrugi ak beli..suami pon amik jgk..tp bg suami nak tambah berat ak cadang amik Isalean Pro,E-Shot,n cleanse for life...

sebelum amik isagenix berat 64kg 
selepas amik isagenix berat 61.5kg (4hari)









ida mula amik malam 24hb oct 2013,dan sekarang dah 29hb oct 2013( 5hari) dpt turun berat badan sebanyak 4kg..pg td timbang berat dah turun jadi 60kg...Alhamdulillah sbb dapat turunkan berat badan dengan sihat... tp puas hati inci byk kurang tau..baju2 saiz M semua dah boleh pakai,dan baju masa  ak bertunang,kawen sudah muat tp ketat sikit je ka bhgn breast...cuma berat je lambat turun sikit..n badan rasa ringan dan bertenaga walaupon nyusukan anak,menjaga abg alif,semua aktiviti suri rumah dpt ak uruskan xda rasa lenguh2 badan ni...paling best jgk skin sentiasa lembab dan lembut sbb isagenix menggunakan protien whey...

Kelebihan whey
1. Protein whey boleh membantu menyokong imun system. Sistem imun yang baik mengekalkan kita dlm keadaan sihat dan membantu kita mencapai impian hidup
2. Protein whey ada faktor di dlm bdn yg betukar kpd derivative hormone pertumbuhan. Ini boleh menolong otot pulih dan mengoptimakan kesihatan
3. Protein boleh memasuki system salur drh dan otot dgn pantas. Ini bagus apabila, slps melakukan senaman, ia menolong memulakan proses pemulihan yg memberi otot lebih asid amino untuk pertumbuhan.

ni ada beberapa testimoni yg mengambil isagenix..
semua ni testimoni terbaru dari group ida..jd kepada u all yg nak tau info yg lanjut boleh pm/sms/ ida 0195969064..ramai sudah berjaya dan permintaan isagenix hingga sabah dan sarawak...produk power rangking ke 5 dlm dunia...
amik pakej 9hari diet yg cepat turunkan berat..






Kepada anda yg mahu join my team n nak buat bisnez sgt di alu2kan..income dibayar mingguan ok!!
dan ida sgt2 memerlukan agen/dropship utk membantu ida...ok lah setakat ni ida kongsi nanti sambung lg yea...







Selasa, 27 Ogos 2013

Darwish Naufal Bin Mohd Firdaus

Alhamdulillah baru sempat update blog...ku selamat melahirkan anak ke2 pd hari ahad 18/8/2013 pada pukul 10:54pg di hospital putrajaya..anak lelaki..hero lagi...berat ank ke2 ni hampir sama berat abg alif irfan,,,n nama pon sudah diberi...darwish naufal berat 3.55kg...sgt comel!! Permata hatiku anugerah dr Allah...sekarang ku dah berpantang masuk hari ke 10...sekejap je rasanya... Baby darwish pun makin nampak bam bam nya itu.....kali ni ku bersalin secara normal..
Syukur sgt kerana dpt merasai kesakitan bersalin normal...

Ni da gambar Darwish Naufal:::






Ni yg nak cite sikit...sakitnya xsama mcm bersalin cser....ak turun tanda air ketuban pecah..masa tu tengah solat maghrib..duk rukuk tetiba rasa panas je rasa ada air kuar,ingatkan ku terkucir, tengok2 air da campur darah sikit...dah sah tu tanda2 mau bersalin...boleh lg relax2 kemas rumah,basuh pakaian lg...kul 8lbh baru gerak kuar tu pon ge singgah hantar stok susu lg....
Dlm kul 930mlm sampai lah ke hospital putrajaya...tahan wad kul 10mlm..masa tu baru 2cm,kul 5pg sdah buka 5cm n terus ku di tolak ke labor room..masa tu mmg sakit teramat2...ku bykkan berzikir, baca surah2 mudahkan bersalin tanpa henti..terkumit2 mulut ku ni x berhenti2 membaca doa....
Dlm labor room ku mintak epidural ubat tahan sakit..mmg ku xtahan bila contraction sakit belakang..bila dah amik epidural tu kurang rasa sakit...kul 8pg bukaan dah 6cm,mmg lama nak buka jln ni..tp ank mmg dah turun sgt2...tunggu masa nak kuar dr perut ummi je...kul 10pg dah buka 8cm masa tu mmg nak terberak sgt2 ku meneran jgk rasa mcm sembelit tu....alhamdulillah dgn bukaan 9cm cepat2 ak meneran kuat2 n melahirkan darwish pd pukul 10:54pg.....lps dr tu hilang segala rasa sakit,rasa kebahagian bila tgk ank depan mata....lps tu dugaan utk jahit bahagian bawah ni plak bukan main lama dekat 3jam baru settle..sampai doktor pakar datang tolong jahitkan..bukan main ramai doktor yg jahit tp da je masalah..dah jahit buka semula..hanya Allah yg tahu betapa sakitnya...n skrg mmg lmbt sembuh sbb luka jd tebal..sabar je lah doktor2 ni...ni da info sedikit ak google kesan dr bersalin normal n cser..
Episotomi dan caesarean merupakan 2 jenis luka bersalin yang biasa didengar. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang penjagaannya, Dr. Khairiah bt Seman, Pakar Perunding O&G dari Pusat Bersalin Barakah, Bandar Puteri Klang ada maklumat lanjut.
Menurut beliau, secara umumnya, episotomi adalah luka yang dikaitkan dengan bersalin secara normal. Walaupun begitu, tidak semua kelahiran normal akan dilakukan episotomi. Episotomi berbeza dengan luka biasa. Episotomi adalah luka akibat digunting oleh doktor. Manakala luka biasa adalah yang berlaku secara semula jadi semasa proses kelahiran. “Dahulu, hampir kebanyakan wanita yang bersalin anak sulung secara normal akan dilakukan episotomi. Kini tidak lagi kerana kesakitan yang dialami oleh mereka lebih daripada luka sendiri,” tegas Dr. Khairiah. Tambahnya, banyak kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa episotomi menyebabkan risiko luka menjadi lebih besar. Hal ini berbeza dengan luka yang terjadi dengan sendirinya. Sakitnya hanya sedikit kerana tidak melibatkan otot yang banyak.
Luka caesarean pula adalah luka akibat pembedahan dan terdapat dua jenis iaitu  jenis menegak dan melintang. Biasanya seboleh-boleh doktor akan memilih cara melintang kerana lebih cepat sembuh dan kurang sakit.
Dr. Khairiah memberitahu bahawa biasanya luka bagi episotomi akan sembuh dalam tempoh 10 hingga 14 hari. Manakala bagi luka pembedahan, tempoh tersebut cukup untuk kulit bercantum kembali. Walau bagaimanapun, tempoh penyembuhan ini boleh diguna pakai selagi tidak ada sebarang jangkitan kuman pada bahagian pembedahan. Umumnya, semua jenis luka boleh sembuh sepenuhnya dalam masa 42 hari iaitu 6 minggu.
Bagi menjahit luka pula, ada beberapa jenis benang digunakan. Untuk episotomi benang yang digunakan adalah daripada jenis yang akan menyerap sendiri. Tidak perlu dibuka. Antara jenis benangnya yang digunakan ialah cat gut dan vicryl. Menurut beliau lagi, setiap jenis benang ada tahap kelembutan dan kekuatannya sendiri. Makin mahal benang tersebut bermakna benangnya lebih lembut dan tahan. Kesakitan pada tempat jahitan pun kurang.
“Seperti yang diketahui ramai, luka episotomi lebih cepat sembuh berbanding luka pembedahan kerana lukanya hanya sedikit. Manakala luka pembedahan melibatkan banyak lapisan. Lapisan dalam rahim itu sendiri, lapisan pada selaput kemudian baru kulit. Hal ini menyebabkan tempoh penyembuhan sepenuhnya luka tersebut adalah 6 minggu. Untuk episotomi biasanya masa 2 minggu sudah mencukupi untuk pulih seperti sedia kala,” terang Dr. Khairiah.
Luka sembuh
Tentang bagaimana untuk memastikan luka tersebut cepat sembuh pula, beliau menekan tentang pentingnya memastikan kawasan luka sentiasa kering. “Bagi luka episotomi, pastikan luka dilapkan kering-kering selepas ke tandas dan sapukan ubat luka yang diberi oleh doktor. Begitu juga dengan luka caesarean. Selepas mandi, pastikan luka tersebut dilapkan kering-kering. Kalau ingin gunakan barut, letakkan lapisan kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering. Hal ini sangat penting kerana jika lembap, jangkitan mudah berlaku.”
Dalam pada itu, Dr. Khairiah mengakui ada sesetengah orang gemar menggunakan ubat-ubatan tradisional seperti minyak atau herba untuk menyembuhkan luka. Dari segi klinikal, hal ini tidak digalakkan kerana dikhuatiri minyak tersebut akan mengganggu percantuman semula kulit. Doktor lazimnya akan menasihatkan agar mereka tidak meletakkan sebarang ubat-ubatan tradisional dalam tempoh 10 hari pertama selepas luka dijahit. Setelah yakin luka sudah bercantum, barulah doktor memberikan kebebasan untuk membuat apa yang diingini pada luka tersebut.
Apabila bercerita tentang luka, kita tidak akan terlepas daripada bercerita tentang parut. Untuk mengurangkan parut atau juga dikenali sebagai ‘keloid’ terutama pada luka caesarean, eloklah disapu dengan vitamin E. Dr. Khairiah memberitahu bahawa ‘keloid’ wujud akibat reaksi tubuh terhadap luka. Hal ini berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Walau bagaimanapun, sebelum vitamin E disapu, pastikan luka tersebut sudah kering.
Ketika ditanya tentang jahitan yang terbuka, beliau mengakui kes ini adalah biasa. Jahitan terbuka disebabkan oleh beberapa perkara. Antara penyebabnya ialah benang yang digunakan kerana ada benang yang cepat menyerap iaitu sebelum kulit bercantum kembali. Selain itu, bergantung juga pada jenis tisu pada kawasan luka tersebut. Ada orang yang tisunya terlalu nipis dan mudah terkoyak. Mereka-mereka ini memang berisiko untuk luka terbuka kembali selepas dijahit. Satu lagi perkara yang turut menyebabkan jahitan terbuka ialah cara jahitan. Sekiranya jahitan terlalu ketat, masalah boleh timbul.
Sekiranya seseorang wanita itu mendapati jahitannya terbuka, beliau menasihatkannya agar bertemu doktor untuk pemeriksaan lanjut. Doktor akan memeriksa untuk memastikan adakah perlu dijahit semula ataupun tidak. Sekiranya bahagian yang terbuka tidak terlalu besar, doktor akan biarkan sembuh dengan sendiri. Akan tetapi, sekiranya yang jahitan yang terbuka itu besar, doktor akan menjahit semula. Memang kalau dibiarkan memang akan sembuh tetapi tidak cantik dan otot tidak akan bercantum balik dan tidak kuat. Akan timbul masalah lain di kemudian hari.
Mengenai wanita yang menghidap diabetes, Dr. Khairiah mengakui luka mereka mengambil masa untuk sembuh. Oleh yang demikian, mereka perlu pastikan tahap kencing manis dikawal. Kandungan gula dalam darah penting agar proses penyembuhan cepat.
“Sekiranya inginkan luka cepat sembuh, pengambilan makanan seimbang penting.   Pastikan tubuh cukup vitamin terutama vitamin C kerana dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Selepas bersalin digalakkan mengambil multivitamin. Makan sayur dan buah-buah banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit. Akan tetapi sekiranya sudah lebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera kerana takut ada jangkitan,”tambah beliau.
Turut ditekankan di sini ialah tentang pengambilan ubat-ubatan tradisional yang dimakan. Wanita selepas bersalin perlu berhati-hati terutamanya dari segi kebersihan ubatan yang diambil itu. Dikhuatiri kandungannya akan membahayakan kesihatan. Sebelum mengakhiri pertemuan kami, Dr. Khairiah menasihatkan agar ibu-ibu hamil mengambil makanan yang berzat dan pastikan kandungan hemoglobin mencukupi agar dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka selepas bersalin kelak. Menurut beliau, dari segi perubatan, tidak ada pantang larang terhadap pengambilan makanan-makanan tertentu kerana semua makanan kaya dengan zat yang diperlukan tubuh. Cuma sekiranya anda alah kepada sesetengah jenis makanan, eloklah dielakkan.