Selasa, 16 Ogos 2011

kesabaran ada Ganjaran dari Nya..




Alhamdulillah baby n mummy sihat..skrg nih duk tggu dia kuar..smlm ge check dah buka tp baru 1cm..tp ak xmau tggu lmbt rasa nya nak bukak ber CM CM...hohohho...blk umah kurg sikt terasa sakit tuh..da suami yg blh tlg jaga...mau nangis jgk kena seluk..huhuhu...baby semakin berat dan aktif sgt..ayoyoyo..xsabar tggu dia kuar..dah 3hari kerap rasa sakit nih menjadi2..tp doktor kata tggu sampai kuar air or darah..tp xda pon kuar..sakit makin kuat da lew...adoihaiiii.....mlm nih rasa nya lau dah xtahan sgt terus ke hospital...nasib baik dekat...nak kurg kan rasa sakit nih tu yg on9...sempat blog lg...hehehehe...InsyaAllah harap semuanya selamat..

Selasa, 9 Ogos 2011

^ ^ pregnancy 37 Weeks ^ ^

Sekarang dah masuk 37minggu 3hari..Rasa sakit dibelakang semakin kerap dan nak bernafas pon dah susah sbb berkongsi oksigen.badan jgn nak ckp lah semakin membengkak...nasib baik da en.somiku blh tolong urut2 kurang kan rasa sakit badan nih sebab cepat sgt je rasa letih..ujung2 nih selera makan pon samakin bersemangat...hehehehe mcm2 nak mkn..hai baby ku bila ler nak kuar...mummy n daddy x sabar menanti kehadiranmu...kadang2 cuti lama sgt pon membosankan...dahmcm2 ak buat kat umah nih..mengemas...memasak...membasuh...memcuci toilet..dll.....untuk mehilangkan rasa bosan tp ni lah akibat nyer lbh jew wat keje badan sakit sana sakit sini...aduhaiiiiii....parah rasa nya..Alhamdulillah ak diberi kesabaran untuk hadapi dugaanMU ini...lagi satu cepat nau rasa mengantuk..mata nih mcm da gam je asik nak tertutup/terpejam/membuta jew...hahahaha...


Rabu, 3 Ogos 2011

KEWAJIBAN MANDI WILADAH [PERINGATAN UNTUK SEMUA]

WAJIB MANDI WILADAH SELEPAS LAHIRKAN ANAK


Kepada yang dah tahu, Alhamdullilah,
Kepada yang belum, Selamat membaca dan sebarkanlah kepada kawan2 yang lain……
Moga ILMU ini dapat dimanfaatkan bersama..
Insya- ALLLAH…

Memang betul kenyataan tentang ‘Mandi Wiladah’ itu.. kami telah bertanyakan hal ini kepada ustazah kita orang last month.
MasyaALLAH , betapalah jahilnya kita ini….
tapi according to Uztazah ini , kita memang kena niat dalam hati mandi wajib itu adalah Mandi
Wiladah dan tidak boleh kira overall saja.
Siapa-siapa yang lepas bersalin dan belum lagi mengangkat Mandi Wiladah ini maka segala solat dan puasanya selama ini tidak akan diterima oleh ALLAH… Nauzubillah’minzaliq…Wallahua’lam
Oleh itu kita kenalah meminta ampun dari ALLAH S.W.T kerana tidak mengetahui akan perkara ini ,
kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun Lagi Maha Mengetahui.

Kebanyakannya tak tahu pasal mandi selepas
bersalin nie…bukan mandi selepas darah nifas kering tapi mandi lepas bersalin..a separate hadas besar….
reason being sekiranya ajal menjemput sebelum darah nifas kita kering, kita sudah berada di dalam keadaan bersuci…

Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila ada diantara ibu-ibu yang mengatakan mereka tidak tahu yang mereka wajib mandi hadas selepas melahirkan anak.
Ini kerana ada yang confuse, mereka ingat mandi hadas hanya selepas darah nifas habis.
Para bapa langsung la sebab mereka kata, bukan mereka yang beranak… MasyaAllah.
Kan ke tugas suami tu membimbing isteri..ini perkara Feqah yang WAJIB diketahui oleh semua orang.
Ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut masuk angin.
Saya terfikir balik, selama ini saya take for granted dan rasa semua orang tahu.kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil inisiatif untuk mengingatkan para bapa/bakal bapa dan para ibu/bakal ibu. Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita saling ingat mengingati.

PERKARA WAJIB MANDI HADAS BESAR:

Bagi lelaki 2 perkara:
1. keluar air mani
2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.
Tak keluar mani pun kena mandi juga.


Bagi perempuan :
1, Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.

Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu. Yang selalu wanita keliru (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan kelahiran.

SELEPAS MELAHIRKAN ANAK SETIAP WANITA ISLAM WAJIB MANDI:
1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja kepala bayi keluar).

2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka diwajibkan mandi hadas.
menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik.


Cuma niatkan:
‘Sahaja aku mandi hadas besar kerana Allah Taala’.

Saya teringat orang tua-tua kita tidak beri orang dalam pantang itu mandi basahkan kepala,
takut masuk anginlah, sejuklah… saya terfikir balik,
takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga pantang,


Lagipun mandi wajib selepas melahirkan itu SEKALI saja setiap kelahiran.katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. dalam masa 40/60 hari tu,cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap hari Mandilah dengan air panas…
kita tak suruh mandi dengan air sejuk.. cuma pastikan air itu tak menjadi air musta’mal. Itu sahaja.


Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tidak ambil remeh perkara ini!
Yang lelaki tu ingatkanlah isteri-isteri anda dan adik-adik perempuan.
dan yang perempuan tu ingatkan lah diri anda dan sedara-sedara pompuan yang lain..InsyaAllah
Mudahan dapat di amalkan bersama.
Wallahua’lam.