Sabtu, 27 Oktober 2012

RAYA ohh RAYA...

Salam...selamat hari raya u all...Alhamdulillah selesai sudah raya aidil adha...raya kali ni xda meriah sgt seperti tahun lepas sbb abah xbape sihat..dan masa byk habis dirumah...sgt sedih bila tgk abah sakit..susut habis badan..nak bercakap pon dah penat...masa byk habiskan di dalam bilik baring..bila byk duduk kaki start bengkak..makan pon xda byk..n memilih nak makan..yg geram yg xleh makan mau di makan..huhuh..tp org tua punya kehendak di ikuti jgk..bila bg makan sikit je di jamah nya...abah mmg nak makan bila masuk dalam mulut.. tekak nya rasa lain..mula lah komen itu ini xsedap..makan ubat mmg xkan skip..kalau terlupa mau bg mulalah bertambah teruk...mula2 sakit tu bermula batuk...jangkitan kuman..pas2 melarat kencing manis,buah pingang pon lambat berfungsi...harap abah kuat utk lawan sakit abah tu...dan yg x blh tgk abah dah byk lupa...khamis malam jumaat abah mau tido ge masuk bilik kami,,cepat2 duk sebelah abah bgtau "abah salah bilik"bilik abah kat sebelah...ni cucu abah tgh tido ni..fuh abah geleng kepala terus bangun ge ke bilik nya....nak ge toilet pon satu hal..rumah dah renovate utk buat bilik air khas utk abah di dalam bilik jgk..tp abah boleh plak ge ke dapur utk ge toilet yg nun jauh di pandang..ku tegur"abah nak ge makan??abah jawab "abah nak ge tandas nak amik air sembahyag"..ak kata "abah tandas dalam bilik abah kan ada..siap da toilet duduk utk abah.."abah mengeluh "ya Allah abah lupa"..terhenjut2 abah jalan tahan kaki yg sakit dan nafas yg cungap2 tu"solat pon sekarang duduk jew...baca surah yg pendek2..bila panjang mula lah batuk2 cungap2...anak2 pon dah susah hati tgk keadaan abah..cucu2 lah pengubat hati bg abah gembira..Alif irfan suka wat lawak dgn perangai dan mulut bebel2 tu..abah senyum tgk cucu yg kecil nih...
harap abah cepat lah sembuh..anak2 pon berusaha yg terbaik utk abah beri ubat,jaga abah betul2..tp abah kena lah kuat semangat..abah lah sorg tempat kami berbual,,emak dah lama pergi,..sgt rindu mak xsempat tgk anak membesar dah pergi dulu...dan xsempat tgk anak2nya kawin..mak pergi dgn usia yg muda...dugaan yg besar kami adik beradik membesar dan berdikari sendiri...selagi ibu bapa ada sayangi lah mereka...
kongsilah kebahagian bersama mereka....sayangggg ABAH dan keluarga ku...mmmuaah..!!!..




Selasa, 23 Oktober 2012

Luahan Hati..

Selamat malam semua...adoi meluah perasaan sendiri dlm blog sendiri xsalah kan????dah lama ku simpan..hari nih da masa sempat kongsi di dalam blog sendiri...Syukur ya Allah telah memberi rezeki berlipat ganda..mmg x dijangka hasil pelaburan yg x seberapa hasilnya amat melampau..semua tu hasil usaha..tekad..dan sokongan dari suami,rakan2 dan keluarga...dah 6bulan pon join bisnez dari New Image company mmg byk perubahan dalam keluarga ku dan pendapatan yg berbunga2..lagi byk income sebenarnya lg byk komitmen yg perlu di selesaikan...tolak tambah campur tinggal le beberapa..yg tu lah utk disimpan utk hari akan dtg...sbb xtau sampai bila bisnez nih berterusan..dari sekarang lah bekerja keras produk sedang memetop2 dipasaran kita amik kesempatan utk sertai bersama!!!mmg byk halang utk naik keatas sampai skrg nih..mcm2 diduga.. tetiba menangis sendirian tertewas pd diri sendiri..ak pon seorang yg lemah..manausia biasa jew..sama mcm korang..byk kepahitan dari kemanisan sebenarnya..tp bila kita cepat2 atasinya kemanisan semakin byk dari kepahitan...pernah tersungkur utk meneruskan kehidupan nih...tp ak bersama2 suami sentiasa bangun semula...
....................SAMBUNG NANTI K.....................

Rabu, 3 Oktober 2012

**solat istikharah**


Alhamdulillah dapat juga aku selesaikan solat sunat istikharah..byk dugaan yg ku tempohi dan banyak cabaran yg ku harungi utk mencapai impian dan matlamat..Hidup terlalu banyak pilihan sehingga kadangkala kita buntu untuk membuat keputusan. Tidak tahu pilihan yang mana lebih baik untuk kita. Kita rasa semua pilihan yang ada adalah terbaik. Baik pada pandangan kita belum tentu baik pada pandangan Allah.


Penyelesaian terbaik di kala kebuntuan sebenarnya adalah menunaikan solat sunat Istikharah. Insya'Allah, Allah akan menggerakkan hati kita untuk membuat sesuatu keputusan dengan benar sebenar-benarnya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.



Rasulullah s.a.w bersabda,
Maksudnya : " Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya: dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya."
(Sumber : Buku Amalan & Ibadah Seharian hasil penulisan Hj. Johari Hj Alias)





Lafaz dan niat :


أُصَلِّى سُنَّةَ الإِسْتِخَارَةِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى
"Sahaja aku Solat Sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala"


Doa selepas Solat Sunat Istikharah :


" Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dari-Mu, dengan ilmu-Mu, aku minta kekuatan dari-Mu dengan kekuatan-Mu. Aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yang banyak, maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku, dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku, jika kamu mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada. Sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu." (HR At-Tirmizi dan Bukhari)






Cara menunaikan Solat Sunat Istikharah

Rakaat Pertama
  1. Niat Solat Sunat Istikharah
  2. Takbiratul Ihram
  3. Membaca surah al-Fatihah
  4. Membaca surah Al-Kafirun 1 kali
  5. Rukuk
  6. Iktidal
  7. Sujud
  8. Duduk antara dua sujud
  9. Sujud kali kedua
  10. Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
  1. Membaca surah al-Fatihah
  2. Membaca ayat Al-Ikhlas 1 kali
  3. Rukuk
  4. Iktidal
  5. Sujud
  6. Duduk antara dua sujud
  7. Sujud kali kedua
  8. Duduk tahiyyat akhir
  9. Memberi salam ke kanan dan ke kiri
  10. Membaca doa selepas Solat Sunat Istikharah


Kaedah menunaikan Solat Sunat Istikharah ada banyak cara. Saya kongsikan apa yang saya biasa lakukan. Cara yang mudah untuk semua.


Solat sunat Istikharah ini bolah dilakukan bila-bila masa sahaja, tidak kira waktu siang atau malam.
Solat sunat Istikharah ini bukan sahaja perlu dilakukan ketika membuat pilihan jodoh, namun ia juga boleh dilakukan ketika membuat pilihan untuk membeli barang atau ketika memilih sesuatu pekerjaan.





Bicara Hati gadis : Semoga setiap pilihan yang kita buat tidak akan memesongkan kita ke jalan yang tidak sepatutnya. Selamat berbahagia semua !
ok!!setakat ni sahaja yg dapat aku kongsikan bersama..nti kita sambung lagi k..mata rasa rasa pedih sgt2 tu tandanya sudah mengantuk lah..:) gudnite eh morning..tq kerana sudi membaca..