Selasa, 29 Oktober 2013

Isagenix POWER!!...




Assalammualaikum...jom jom ida nak kongsi sedikit mengenai diet bersama isagenix..xsama mcm produk lain yea...ida baru lps bersalin 2bulan memang berat turun...dr 80kg turun sampai 64kg..pas2 datang plak raya haji makan x ingat naik 2 kg semula jd lah 66kg...seminggu diet turun semula 64kg pas2 xmo turun2...da kawan cadang cuba amik isagenix,mula2 memang was2 sbb ak mmg full breastfeed utk ank kecik ni,risau kesan sampingan..tup2 kawan kata boleh amik xda kesan sampingan malah anak rasa lagi kenyang adalah..jd ak pun try amik, hari pertama ak wat deep cleanse sbb mmg niat nak turun berat sbb perut dah kedepan macam mengandung 2 bulan dohhh...mmg masa proses deep cleanse asik buang air kecil je,esokkan hari ak mula ikut jadual utk turunkan berat bg normal..sbb xmau susu merudum,so mmg boleh amik makan seperti biasa..mcm pagi ak shake n selang 2jam amik ionix,tghri mkn mcm biasa selang 2 jam amik wme,ptg amik snacks fiber,malam amik shake dan sebelum tidur ak amik cleanse for life...lps je 2hari ak timbang berat turun ok!!terkejut pon ada..tp mmg nmpk perut yg mcm mengandung tu dah kempis..hik3...dr 64kg turun ke 61.5kg..yepppieee suka sgt2 sbb x perlu nak bertahan perut utk diet sakan....ak mcm2 mkn jgk sbb bf ni mmg cepat lapar tp disbbkan amik shake mmg xda rasa lapar...n ak rajinkan diri minum air kosong sehari min 8 gelas...mmg dari sebelum kawen ak mmg amalkan minum air kosong yg sgt byk...ni ada items produk yg ida amik.. sapa nak kurus ke,nak mantain berat ker,,,nak badan nmpk muscle byk2 ker,utk bersukan,gym mmg boleh amik produk isagenix ni....mmg berkesan..ikut je jadual di beri tu...tp yg nak kurus tu kita ada jadual utk kurus 3hari,5hari,7hari(trial pack) utk nak cepat kurus lg amik pakej 9hari mmg super duper power ar...mcm ak amik pakej 1bulan so turun berat tu lambat sikit sbb tgh bf...ni semua sedap2 tau....xrugi ak beli..suami pon amik jgk..tp bg suami nak tambah berat ak cadang amik Isalean Pro,E-Shot,n cleanse for life...

sebelum amik isagenix berat 64kg 
selepas amik isagenix berat 61.5kg (4hari)









ida mula amik malam 24hb oct 2013,dan sekarang dah 29hb oct 2013( 5hari) dpt turun berat badan sebanyak 4kg..pg td timbang berat dah turun jadi 60kg...Alhamdulillah sbb dapat turunkan berat badan dengan sihat... tp puas hati inci byk kurang tau..baju2 saiz M semua dah boleh pakai,dan baju masa  ak bertunang,kawen sudah muat tp ketat sikit je ka bhgn breast...cuma berat je lambat turun sikit..n badan rasa ringan dan bertenaga walaupon nyusukan anak,menjaga abg alif,semua aktiviti suri rumah dpt ak uruskan xda rasa lenguh2 badan ni...paling best jgk skin sentiasa lembab dan lembut sbb isagenix menggunakan protien whey...

Kelebihan whey
1. Protein whey boleh membantu menyokong imun system. Sistem imun yang baik mengekalkan kita dlm keadaan sihat dan membantu kita mencapai impian hidup
2. Protein whey ada faktor di dlm bdn yg betukar kpd derivative hormone pertumbuhan. Ini boleh menolong otot pulih dan mengoptimakan kesihatan
3. Protein boleh memasuki system salur drh dan otot dgn pantas. Ini bagus apabila, slps melakukan senaman, ia menolong memulakan proses pemulihan yg memberi otot lebih asid amino untuk pertumbuhan.

ni ada beberapa testimoni yg mengambil isagenix..
semua ni testimoni terbaru dari group ida..jd kepada u all yg nak tau info yg lanjut boleh pm/sms/ ida 0195969064..ramai sudah berjaya dan permintaan isagenix hingga sabah dan sarawak...produk power rangking ke 5 dlm dunia...
amik pakej 9hari diet yg cepat turunkan berat..






Kepada anda yg mahu join my team n nak buat bisnez sgt di alu2kan..income dibayar mingguan ok!!
dan ida sgt2 memerlukan agen/dropship utk membantu ida...ok lah setakat ni ida kongsi nanti sambung lg yea...







Selasa, 27 Ogos 2013

Darwish Naufal Bin Mohd Firdaus

Alhamdulillah baru sempat update blog...ku selamat melahirkan anak ke2 pd hari ahad 18/8/2013 pada pukul 10:54pg di hospital putrajaya..anak lelaki..hero lagi...berat ank ke2 ni hampir sama berat abg alif irfan,,,n nama pon sudah diberi...darwish naufal berat 3.55kg...sgt comel!! Permata hatiku anugerah dr Allah...sekarang ku dah berpantang masuk hari ke 10...sekejap je rasanya... Baby darwish pun makin nampak bam bam nya itu.....kali ni ku bersalin secara normal..
Syukur sgt kerana dpt merasai kesakitan bersalin normal...

Ni da gambar Darwish Naufal:::






Ni yg nak cite sikit...sakitnya xsama mcm bersalin cser....ak turun tanda air ketuban pecah..masa tu tengah solat maghrib..duk rukuk tetiba rasa panas je rasa ada air kuar,ingatkan ku terkucir, tengok2 air da campur darah sikit...dah sah tu tanda2 mau bersalin...boleh lg relax2 kemas rumah,basuh pakaian lg...kul 8lbh baru gerak kuar tu pon ge singgah hantar stok susu lg....
Dlm kul 930mlm sampai lah ke hospital putrajaya...tahan wad kul 10mlm..masa tu baru 2cm,kul 5pg sdah buka 5cm n terus ku di tolak ke labor room..masa tu mmg sakit teramat2...ku bykkan berzikir, baca surah2 mudahkan bersalin tanpa henti..terkumit2 mulut ku ni x berhenti2 membaca doa....
Dlm labor room ku mintak epidural ubat tahan sakit..mmg ku xtahan bila contraction sakit belakang..bila dah amik epidural tu kurang rasa sakit...kul 8pg bukaan dah 6cm,mmg lama nak buka jln ni..tp ank mmg dah turun sgt2...tunggu masa nak kuar dr perut ummi je...kul 10pg dah buka 8cm masa tu mmg nak terberak sgt2 ku meneran jgk rasa mcm sembelit tu....alhamdulillah dgn bukaan 9cm cepat2 ak meneran kuat2 n melahirkan darwish pd pukul 10:54pg.....lps dr tu hilang segala rasa sakit,rasa kebahagian bila tgk ank depan mata....lps tu dugaan utk jahit bahagian bawah ni plak bukan main lama dekat 3jam baru settle..sampai doktor pakar datang tolong jahitkan..bukan main ramai doktor yg jahit tp da je masalah..dah jahit buka semula..hanya Allah yg tahu betapa sakitnya...n skrg mmg lmbt sembuh sbb luka jd tebal..sabar je lah doktor2 ni...ni da info sedikit ak google kesan dr bersalin normal n cser..
Episotomi dan caesarean merupakan 2 jenis luka bersalin yang biasa didengar. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang penjagaannya, Dr. Khairiah bt Seman, Pakar Perunding O&G dari Pusat Bersalin Barakah, Bandar Puteri Klang ada maklumat lanjut.
Menurut beliau, secara umumnya, episotomi adalah luka yang dikaitkan dengan bersalin secara normal. Walaupun begitu, tidak semua kelahiran normal akan dilakukan episotomi. Episotomi berbeza dengan luka biasa. Episotomi adalah luka akibat digunting oleh doktor. Manakala luka biasa adalah yang berlaku secara semula jadi semasa proses kelahiran. “Dahulu, hampir kebanyakan wanita yang bersalin anak sulung secara normal akan dilakukan episotomi. Kini tidak lagi kerana kesakitan yang dialami oleh mereka lebih daripada luka sendiri,” tegas Dr. Khairiah. Tambahnya, banyak kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa episotomi menyebabkan risiko luka menjadi lebih besar. Hal ini berbeza dengan luka yang terjadi dengan sendirinya. Sakitnya hanya sedikit kerana tidak melibatkan otot yang banyak.
Luka caesarean pula adalah luka akibat pembedahan dan terdapat dua jenis iaitu  jenis menegak dan melintang. Biasanya seboleh-boleh doktor akan memilih cara melintang kerana lebih cepat sembuh dan kurang sakit.
Dr. Khairiah memberitahu bahawa biasanya luka bagi episotomi akan sembuh dalam tempoh 10 hingga 14 hari. Manakala bagi luka pembedahan, tempoh tersebut cukup untuk kulit bercantum kembali. Walau bagaimanapun, tempoh penyembuhan ini boleh diguna pakai selagi tidak ada sebarang jangkitan kuman pada bahagian pembedahan. Umumnya, semua jenis luka boleh sembuh sepenuhnya dalam masa 42 hari iaitu 6 minggu.
Bagi menjahit luka pula, ada beberapa jenis benang digunakan. Untuk episotomi benang yang digunakan adalah daripada jenis yang akan menyerap sendiri. Tidak perlu dibuka. Antara jenis benangnya yang digunakan ialah cat gut dan vicryl. Menurut beliau lagi, setiap jenis benang ada tahap kelembutan dan kekuatannya sendiri. Makin mahal benang tersebut bermakna benangnya lebih lembut dan tahan. Kesakitan pada tempat jahitan pun kurang.
“Seperti yang diketahui ramai, luka episotomi lebih cepat sembuh berbanding luka pembedahan kerana lukanya hanya sedikit. Manakala luka pembedahan melibatkan banyak lapisan. Lapisan dalam rahim itu sendiri, lapisan pada selaput kemudian baru kulit. Hal ini menyebabkan tempoh penyembuhan sepenuhnya luka tersebut adalah 6 minggu. Untuk episotomi biasanya masa 2 minggu sudah mencukupi untuk pulih seperti sedia kala,” terang Dr. Khairiah.
Luka sembuh
Tentang bagaimana untuk memastikan luka tersebut cepat sembuh pula, beliau menekan tentang pentingnya memastikan kawasan luka sentiasa kering. “Bagi luka episotomi, pastikan luka dilapkan kering-kering selepas ke tandas dan sapukan ubat luka yang diberi oleh doktor. Begitu juga dengan luka caesarean. Selepas mandi, pastikan luka tersebut dilapkan kering-kering. Kalau ingin gunakan barut, letakkan lapisan kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering. Hal ini sangat penting kerana jika lembap, jangkitan mudah berlaku.”
Dalam pada itu, Dr. Khairiah mengakui ada sesetengah orang gemar menggunakan ubat-ubatan tradisional seperti minyak atau herba untuk menyembuhkan luka. Dari segi klinikal, hal ini tidak digalakkan kerana dikhuatiri minyak tersebut akan mengganggu percantuman semula kulit. Doktor lazimnya akan menasihatkan agar mereka tidak meletakkan sebarang ubat-ubatan tradisional dalam tempoh 10 hari pertama selepas luka dijahit. Setelah yakin luka sudah bercantum, barulah doktor memberikan kebebasan untuk membuat apa yang diingini pada luka tersebut.
Apabila bercerita tentang luka, kita tidak akan terlepas daripada bercerita tentang parut. Untuk mengurangkan parut atau juga dikenali sebagai ‘keloid’ terutama pada luka caesarean, eloklah disapu dengan vitamin E. Dr. Khairiah memberitahu bahawa ‘keloid’ wujud akibat reaksi tubuh terhadap luka. Hal ini berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Walau bagaimanapun, sebelum vitamin E disapu, pastikan luka tersebut sudah kering.
Ketika ditanya tentang jahitan yang terbuka, beliau mengakui kes ini adalah biasa. Jahitan terbuka disebabkan oleh beberapa perkara. Antara penyebabnya ialah benang yang digunakan kerana ada benang yang cepat menyerap iaitu sebelum kulit bercantum kembali. Selain itu, bergantung juga pada jenis tisu pada kawasan luka tersebut. Ada orang yang tisunya terlalu nipis dan mudah terkoyak. Mereka-mereka ini memang berisiko untuk luka terbuka kembali selepas dijahit. Satu lagi perkara yang turut menyebabkan jahitan terbuka ialah cara jahitan. Sekiranya jahitan terlalu ketat, masalah boleh timbul.
Sekiranya seseorang wanita itu mendapati jahitannya terbuka, beliau menasihatkannya agar bertemu doktor untuk pemeriksaan lanjut. Doktor akan memeriksa untuk memastikan adakah perlu dijahit semula ataupun tidak. Sekiranya bahagian yang terbuka tidak terlalu besar, doktor akan biarkan sembuh dengan sendiri. Akan tetapi, sekiranya yang jahitan yang terbuka itu besar, doktor akan menjahit semula. Memang kalau dibiarkan memang akan sembuh tetapi tidak cantik dan otot tidak akan bercantum balik dan tidak kuat. Akan timbul masalah lain di kemudian hari.
Mengenai wanita yang menghidap diabetes, Dr. Khairiah mengakui luka mereka mengambil masa untuk sembuh. Oleh yang demikian, mereka perlu pastikan tahap kencing manis dikawal. Kandungan gula dalam darah penting agar proses penyembuhan cepat.
“Sekiranya inginkan luka cepat sembuh, pengambilan makanan seimbang penting.   Pastikan tubuh cukup vitamin terutama vitamin C kerana dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Selepas bersalin digalakkan mengambil multivitamin. Makan sayur dan buah-buah banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit. Akan tetapi sekiranya sudah lebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera kerana takut ada jangkitan,”tambah beliau.
Turut ditekankan di sini ialah tentang pengambilan ubat-ubatan tradisional yang dimakan. Wanita selepas bersalin perlu berhati-hati terutamanya dari segi kebersihan ubatan yang diambil itu. Dikhuatiri kandungannya akan membahayakan kesihatan. Sebelum mengakhiri pertemuan kami, Dr. Khairiah menasihatkan agar ibu-ibu hamil mengambil makanan yang berzat dan pastikan kandungan hemoglobin mencukupi agar dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka selepas bersalin kelak. Menurut beliau, dari segi perubatan, tidak ada pantang larang terhadap pengambilan makanan-makanan tertentu kerana semua makanan kaya dengan zat yang diperlukan tubuh. Cuma sekiranya anda alah kepada sesetengah jenis makanan, eloklah dielakkan.

Ahad, 4 Ogos 2013

Menghitung hari!!

Alhamdulillah kandunganku sudah genap 37minggu...tunggu hari je mau bersalin..mudah-mudahan bersalin lepas raya..mau beraya bersama suami dgn abg alif irfan..so baby duk diam2 dulu yea...:) persiapan raya pon dah buat...tahun ni raya di shah alam dulu,selepas soat raya baru gerak balik kpg...
Moga semua urusan kami di permudahkan...Amin...InsyaAllah bersalin kali ni mahu secara normal... N dah rasa sakit baru gerak ke hospital...masa ank pertama mmg dugaan saki yg lama tp lambat mau kuar..akhir sekali salin cser...hanya Allah je yg tahu rasa sakit ni..n ibu2 yg rasai kenikmatan mengandung dan bersalin tau rasai kesakitan dan kebahagian nya....moga Allah memudahkan ku bersalin dan kuatkan semangat ku ini bersalin secara normal...minggu lps checkup berat baby dah 3.2kg...skrg ni xtau le bape kg...sangat semangat anak2 yg ku lahirkan..abgnya alif irfan lahir 3.64kg...berdebar pun ada..gembira pun ada..mcm2 perasaan ada....yg penting keluarga ku semakin bahagia dgn adanya penyeri anak2 kami ini..InsyaAllah...







Isnin, 1 Julai 2013

Next..next...n next..

Fuhh fuhhh berhabuk sikit blog ku ini..lama x update sbb xrajin...byk aktiviti sampai lupa mau update blog...Alhamdulillah syukur ya Allah kandungan ku semakin membesar dgn sihat..dah x lama lg akan adanya penyeri yg semakin berseri rumah ku ini...Alif irfan xda bosan sbb dah da kwn..sekarang kandunganku genap 32minggu...ikut scan 23/8 bersalin...dan lg satu tarikh 29/8,yang penting kuar nti ank ummi sihat dan cukup sempurna..debar juga ni walaupon dah ada pengalaman bersalin...
Persiapan baby dah ku siap packing,tinggal ummi dgn ayah je yg belum...risau juga bersalin awal x sempat nak beraya mkn mcm2...jgn masa beraya bersalin dah le....bg ummi beraya sakan dulu...huhuhu....
Cadang bersalin tempat yg sama,sama abg nya..di UMRA...rasa selesa di sana...dan dekat dgn umah... Tp dah nak kuar awal dr due bersalin di Perak ikut kan ajerrr....:)

DOA kan ida n baby sihat dan selamat yerrr...
Mmuah...:)

Selasa, 23 April 2013

Menjadi sgt RAJIN!!

Harinih nak kongsi cite...mengandung kali ke2 ni ak jd sgt rajin,rajin masak,mengemas,membaca,main game..setiap hari akan ak lakukan..kalau x buat rasa lain mcm..heee..
Rajin Masak...::
Mcm2 masakan ak buat sampai alif irfan dgn daus xlarat mau mkn..ada je aku reka jenis masakan... Akhirnya ak tukang habiskan...
Rajin Mengemas::
Semua tempat,sudut aku mengemas,tp balik je si kecik ni hbs selerak..sob2..da je perabot2 umah ni ak nak susun.al maklum ler umah kecik brg makin byk...:)lps tu mulalah badan jd sakit2 sengal2 yg jd sasaran suamiku tlg urutkan,...jd pakcik urut jap...heee....
Rajin Membaca::
Yg ni perkara yg ak suka...lps solat aku akan luangkan masa utk membaca surah2 yg diamalkan bg ibu mengandung dan akan membaca al-Quran..harap sebelum raya dah khatam..rasa tenang sgt diri ni bila membaca surah2 yg terdapat dlm al-Quran ni..lps tu ak akan membaca novel plak..bukan main byk novel ak beli..ni da lg 2 novel lum hbs baca..mana x nya setiap kali ge shopping mall mesti singgah ke kedai buku,stp kali beli 2,3novel...suami ku ikutkan aja kehendak isterinya....n x blh nak dihalang takut nti ak merajuk plak..heeee....
Rajin main Game::
Yg ni ada masa ak main dgn kyusuknya..heeee...sampai alif pon dah tau game pe yg ummi dia suka main...n dah ingat step utk semua game...kadang2 blh gaduh dgn si kecik ni...hahahaha...

Selain dr tu...ak suka sgt mkn buah2 yg berwarna merah...ke purple ke pink rasa seronok dgn warna2 ni..yg terlalu masam dah xblh telan...mau buah masam2 manis...best ooo...dlm peti ais ni stok buah x pernah licin..yg selalu ada "dragon fruit",plum,strawberry!!!mmg menjd kesukaan ku...kalau dah bosan aku akan beli buah epal merah,anggur hitam or purple....dap nyerrrrr......
Akhir sekali ak skrg gila emas...pantang lalu kedai emas mesti singgah mau tgk2 walaupon dah shopping emas sama suamiku.dia lah jd penemanku...ni demand lg mau emas lg dan lg...xtau le perangai aku ni dah mcm budak2 dah..sampai suami geleng kepala tgk ragam ku mengalahkan alif irfan...haaaa..sabar yea sayanggg....baby ni yg suh ummi itu ini...:)
 Ok lah nti aku kongsi lg...byk lg cite mau ak kongsi,ni mau sambung baca novel....bye bye!!!


Isnin, 4 Mac 2013

my tummy 4month

Assalammualaikum..fuh fuh dah lama x  kongsi kisah di blog..sgt sibuk mcm2 urusan...urus anak,suami,kerja sbg isteri dan ummi....Alhamdulillah skrg genap 4bulan kandungan ku ini...ank ummi ni sihat dan cukup sifat nya....lg 3minggu buat scan sepenuh nya utk kandungan ku....moga tiada masalah...cakap mengenai masalah mmg ngandung ank no 2 ni byk dugaan...alahan menjadi2..bau wangi x blh..bucuk pon x blh...tekak ni asik loya je..bila siang asik nak mengunyah..mau mkn mcm2 mkn..asik lapar...tp yg best kali ni ank ku xmo mkn yg masam2 sgt..mau ada rasa manis2...kira masam manis pon ok...heeee....
ni da pic scan mg tummy..so cute...xsabar tunggu si kecil ni kuar..


begitu besar Anugerah MU ya Allah...


Walaupon sedang mngandung bisnez tetap on..Alhamdulillah rezeki keluarga kami semakin bertambah...xsemestinya harta kekayaan..ida pon dpt kebahagian yg sgt berharga...rezeki bisnez yg ku perolehi ini dpt utk menampung keluarga ku..dan dapat meringankan beban suami ku...k lah nti ida update lg...mau amik ank pd babysitter...rindu sgt pdnya...sayang u all....mmuahhh....



Isnin, 7 Januari 2013

Rezeki Allah..

Alhamdulillah tahun 2013 memberi sinar kebahagian lagi..weee suka suami ku bila dapat tahu akan dpt ank lg..Syukur ya Allah rezeki diberi tidak putus2..so kembali lah rutin harian sebagai ibu mengandung ge ke klinik,makan ubat setiap hari..makan setiap masa..ahakss....:)kandungan ku sudah hampir masuk 2bulan pon..patut lah rasa badan ni semacam je..rupa2nya da isi pon....sekarang ni mabuk saja...dan ini kali pertama mengandung duk bersama suami..masa ank pertama sendiri jaga makan minum duk berjauhan..dan kali ni manja2 lah bersama suami..n suami sgt memahami keadaan ku sekarang..syukur kerana mempunyai suami yg ringan tulang..kerja2 rumah pon dia bantu...pe yg ku mahu hajati di penuhi sekiranya x melampui batas permintaan ku..heeeee...siap en.daus tanya"ummi nak beli x baju ngandung baru??" ku pon kata buat masa sekarang xperlu lg sbb baju ngandung lps pon ok lg..x rosak,reput,basi..kui3..senyum suami ku kerana faham pe yg ku kata..kalau boleh duit yg nak beli baju tu wat simpanan utk kelahiran ank ke2 ni..
dan pagi td dah ge klinik wat buku PINK ok..xda merah2 tau..toing2..:)
amboi baru nak masuk 2 bulan berat ku naik sampai 65kg..mmg melampau berat ku naik...mana x nya asik makan je...perut ni rasa pedih je kalau lewat sikit makanan masuk..nasib ada alpha lipid LIFELINE kurang sikit rasa pedih dan lapar..n alahan xda teruk sgt mcm ak ngandung kan si Alif Irfan...
Due Date utk kelahiran anak ke2 pon dah tahu..sama bulan dgn Alif Irfan cuma tarikh je berbeza..
Alif Irfan 22hb Ogos 2013,adk nya plak 29 Ogos 2013..nak dekat2 MERDEKA tu..:)
moga kandungan ku selamat dan sihat sehingga tiba kelahirannya..xsabar menunggu kelahiran anak no.2 ni...
menunggu saat seperti ini..sgt best..:)