Khamis, 30 Julai 2015

RAYA AIDILFITRI 2015

Lamanya x update blog..sibuk bebenor dgn anak2 ,dan tanggungjawab sbg isteri..petang ni ter...rajin sikit nak update...tahun nih beraya di rumah mertua..berkumpul kami..yg sedihnya beraya anak2 x sihat..xbyk rumah pergi beraya...
cuaca plak panas..kesian anak2...ni ada beberapa kenangan beraya bersama keluarga mertua...

Bersama suami,anak2 ..
InshaAllah tahun depan bertambah lagi..:)

Kami berkumpul Keluarga Mertua..yg xda farhan dan isterinya..

Kak Aini xdok sbb tukang ambil gambar..:)
Abg alif candid lah konon nya..adik x habis2 mengunyah..

Abg alif plak sambung makan..

sesi bersalaman..suami bersama abah..

haaa...ni ida dengan mak mertua..menumpang kasih mak mertua..
setiap kali kami bersalam mesti air mata berjurai2..

ni plak biras2ku..semua kakak2..
Kak fairuz,Kak Aini,yg gebusss tu ida lerr..hehehe
Tahun depan beraya diKampung Perak plak...



Jom cuba resepi ni..

💖 RESEPI DAGING BLACK PEPPER ðŸ’–
Bahan-bahannya:
● 500gm daging batang pinang
● 1 sb serbuk lada hitam - ditumbuk kasar, lebihkan utk lebih pedas
● 1 biji lada benggala hijau
● 1 biji lada merah
● 3 sb kicap manis
● 2 sb sos tiram
● 1 cawan air
● 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
● 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
● minyak utk menggoreng
Cara-caranya:
1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Garam letak sedikit kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.
Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.